TERKINI
Home / Terkini / Semua parti komponen harus bergerak sebagai BN
subrasemban.transformed.jpg

Semua parti komponen harus bergerak sebagai BN

MOHAMAD menyampaikan cenderahati kepada veteran MIC, Tan Sri Prof T Marimuthu sempena Majlis Sambutan Ulangtahun MIC ke -70 malam ini. Yang turut hadir Subramaniam (tiga dari kanan). – Foto BERNAMA

SEREMBAN: Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini menyarankan semua parti komponen termasuk UMNO, MIC dan MCA bergerak sebagai satu Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, program dan gerak kerja parti komponen, yang dijalankan secara berasingan pada masa ini, tidak wajar dilakukan kerana kelihatan seperti tiada kesepaduan.

“Gerak kerja UMNO sendiri, MCA sendiri, MIC sendiri harus dielakkan. Kita kena pamerkan satu identiti iaitu BN supaya rakyat boleh melihat, ..kita kena gerak sebagai BN.

“Perubahan ini perlu kita lakukan, ..kalau tidak kita pasti akan berhadapan masalah pada masa akan datang,” kata Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun MIC ke-70 peringkat Negeri Sembilan di sini, malam ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S K Devamany dan anggota jawatankuasa MIC Pusat yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya berkata, kenikmatan hari ini diperoleh hasil kerjasama BN dalam memperjuangkan kemerdekaan.

“MIC dan UMNO ditubuhkan atas niat suci membela anak bangsa, …UMNO di Istana Besar Johor manakala MIC di sebuah kuil di Sentul.

“Zaman berubah begitu pesat dan kita mesti mengubah pemikiran kita tetapi apa yang penting ialah perpaduan. Inilah pokok yang kita semai pada 1954 atas nama Perikatan untuk membela nasib Melayu, Cina dan India,” katanya.

Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata, MIC di bawah kepimpinan Dr Subramaniam kini dilihat semakin kukuh dan kuat malah presidennya juga diterima baik oleh semua pihak.

Dalam pada itu, Mohamad berjanji bahawa tiada perubahan kerusi milik MIC di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-14.

Pada pilihan raya umum ke-13, MIC diberi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jeram Padang dan Port Dickson serta satu kerusi Parlimen iaitu Teluk Kemang. – BERNAMA


Sumber Berita

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...