TERKINI
Home / Politik / ‘Saya Kata PAN. SINAR Tulis Amanah..’ – Nik Abduh
2-1

‘Saya Kata PAN. SINAR Tulis Amanah..’ – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meluahkan perasaan kurang senang terhadap akhbar Sinar Harian kerana tetap menggunakan perkataan Amanah sebagai singkatan kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Tegasnya, beliau tidak pernah menyebut nama singkatan parti serpihan PAS itu sebagai Amanah kepada wartawan akhbar Sinar Harian, sebaliknya PAN.

“Saya kata PAN. SINAR tulis Amanah..,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau turut menyiarkan keratan akhbar itu yang menggunakan perkataaan Amanah bagi merujuk kepada PAN.

Kumpulan penentang kerajaan sering menggunakan perkataan Amanah bagi merujuk kepada PAN sebagai satu psikologi politik.

PAS kelmarin menegaskan parti serpihan itu tidak sesuai dipanggil sebagai ‘Amanah’ kerana parti itu dipimpin oleh mereka yang tidak amanah.

Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dipetik berkata, PAN dipimpin mereka yang pernah melanggar baiah, melarikan kerusi PAS dan melanggar disiplin parti.

“Orang nak sebut amanah pun tak mahu sebab dikaitkan dengan parti itu, sedangkan amanah ini sifat Rasulullah S.A.W,” kata Che Abdullah.

PAN ditubuhkan oleh beberapa pemimpin PAS bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana enggan tunduk kepada desakan dalam beberapa isu akidah Islam.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Like Page Kami...