TERKINI
Home / Terkini / Pelajar kolej sembunyi mayat bayi dalam almari
mayytb.transformed.jpg

Pelajar kolej sembunyi mayat bayi dalam almari

ANGGOTA polis membawa mayat bayi ke HTJ untuk dibedah siasat. – Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Seorang pelajar terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan, dalam almari milik rakannya di asrama sebuah kolej swasta di Seremban 2 di sini, hari ini.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 2 petang oleh pelajar itu, ketika mahu mencari ubat sakit perut milik rakannya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata pelajar itu tidak mengetahui rakan sebiliknya berusia 22 tahun mengandung atau melahirkan anak dan hanya menyangka dia sakit perut akibat apendiks.

Katanya, terdahulu pelajar itu membawa rakannya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini semalam, untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit perut yang teruk.

“Rakannya dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut dan Pegawai perubatan kemudian meminta pelajar itu mencari ubat yang berkemungkinan menyebabkan rakannya sakit perut.

“Pelajar berkenaan pulang ke asrama untuk mencari ubat di dalam almari rakannya dan menemui mayat bayi dibalut tuala yang diletakkan di dalam plastik.

“Siasatan mendapati suspek mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki sejak Disember lalu dan melahirkan bayi dalam tandas asrama awal pagi semalam,” katanya di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, suspek turut mengakui memotong sendiri tali pusat bayi menggunakan gunting dan membuangnya dalam mangkuk tandas.

Katanya, polis turut merampas gunting yang digunakan suspek, manakala mayat bayi dihantar ke HTJ untuk bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.


Sumber Berita

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...