TERKINI
Home / Terkini / Olimpik: Chong Wei mudah ke separuh akhir
chongiei.transformed.jpg

Olimpik: Chong Wei mudah ke separuh akhir

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membalas pukulan pemain Taiwan, Chou Tien Chen pada perlawanan suku akhir badminton Sukan Olimpik Rio 2016 di Pavillion 4 Riocentro, Rio de Janeiro, malam tadi. – Foto AP

RIO DE JANEIRO: Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir, sebentar tadi.

Pemain nombor satu dunia itu yang menjadi sandaran memenangi pingat emas mara selepas mudah menewaskan pemain ranking ketujuh dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-9, 21-15 dalam masa 40 minit

Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei mengekalkan rekod sempurna ke atas Tien Chen apabila memenangi semua lima perlawanan.

Di jangka menanti Chong Wei di separuh akhir Jumaat ini ialah musuh tradisinya Lin Dan dari China yang akan turun menentang pemain India, K Srikanth sebentar lagi.


Sumber Berita

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...