TERKINI
Home / Global / Nenek tertua dunia miliki passport
Chengxin, 101, telah menerima passport untuk membuat perjalanan ke Hong Kong dan Macau untuk beberapa hari.
Chengxin, 101, telah menerima passport untuk membuat perjalanan ke Hong Kong dan Macau untuk beberapa hari.

Nenek tertua dunia miliki passport

JIANGSU – CHINA. Seorang warga emas dari bandar Wuxi akan menjadi yang paling tua memiliki passport di dunia.

Memetik laporan antarabangsa Shanghaiist.com, Liu Chengxin, 101, dilaporkan telah menerima passport untuk membuat perjalanan ke Hong Kong dan Macau untuk beberapa hari.

Chengxin yang mempunyai 10 anak dan lebih 50 ahli keluarga yang hampir bersara.

Kesemua anak-anak Chenxin berhasrat membawa wanita itu melancong melihat dunia kerana Chengxin banyak menghabiskan wang membesarkan anak-anak ketika waktu mudanya.

Anak bongsu Chengxin, Han memberitahu, Chengxin sangat mudah dijaga kerana jarang sakit dan tidak ada masalah pemakanan.

“Walaupun mak sudah tua, keadaan fizikalnya masih baik. Dia jarang sakit atau ambil ubat.

“Setiap hari, dia akan berjalan selama dua jam setiap pagi dan ambil masa selama empat jam untuk lakukan perkara sama pada sebelah tengahari,” katanya.

Chengxin mengamalkan diet pemakanan seperti gandum dan kentang untuk mengekalkan tubuh badan sihatnya.

Destinasi seterusnya bagi Chengxin adalah ke Beijing dan Wuhan.

Kemudian, Chengxin akan dibawa melancong ke Jepun dan Korea dengan menggunakan kapal persiaran (cruise) sebelum menyambung perjalanan ke Tibet.

Sumber Berita : Sinar Harian

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...