TERKINI
Home / Formula 1 / Misi Serampang Dua Mata Oleh Rosberg Di Litar Sepang
111-2.jpg

Misi Serampang Dua Mata Oleh Rosberg Di Litar Sepang

KUALA LUMPUR – Pelumba Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg mempunyai misi ‘serampang dua mata’ apabila memulakan cabaran pada Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Sepang, hujung minggu ini.

Pelumba Jerman berusia 31 tahun itu mengintai kejuaraan dunia F1 musim ini dan berhasrat mahu memadam rekod sepusingan terpantas satu minit 32.223 saat di Litar Sepang milik pelumba Sepanyol, Juan Pablo Montoya, pada 2004.

Muncul naib juara dua kali kepada rakan sepasukan Lewis Hamilton dalam dua musim lepas, Rosberg kini mengorak langkah kanan pada pertengahan musim ini dengan menjuarai tiga perlumbaan berturut-turut iaitu GP Belgium (28 Ogos), Itali (4 Sept) dan GP Singapura pada 18 Sept lepas.

Kemenangan hatrik itu membolehkan anak bekas juara dunia 1982, Keke Rosberg itu mengumpul 273 mata daripada 15 perlumbaan.

Rosberg kini memintas Hamilton, selaku juara dunia F1 sebanyak tiga kali, dengan kelebihan lapan mata dengan baki enam perlumbaan musim ini.

Dalam sesi bertemu peminat di stesen Petronas, Jalan Kolam Ayer Lama di sini hari ini, Rosberg berkata beliau mahu mengekalkan momentum kemenangan pada tiga perlumbaan terakhir ini pada baki beberapa perlumbaan musim ini.

Setakat ini, pelumba tersebut telah memenangi lapan perlumbaan musim ini.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik dan tidak mustahil untuk mengatasi rekod sepusingan terpantas di Litar Sepang berusia 12 tahun milik Pablo Montoya,” katanya pada sesi tersebut yang turut disertai oleh Hamilton.

Sementara itu, Karim Ahmad, 28, berkata beliau bertuah untuk bertemu Rosberg serta dapat merakamkan gambar bersama pemandu kegemarannya itu.

“Saya tidak pernah terlepas perlumbaan F1 di Sepang setiap tahun dan ini tidak terkecuali pada hujung minggu ini. Saya harap Rosberg akan menang di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Adham Che Wan Azlan dan Mohd Aiman Haris Mohd Mustakim, masing-masing berusia 12 tahun, berkata mereka bertuah kerana mendapat autograf Hamilton dan Rosberg di topi masing-masing.

“Tahun lepas, Hamilton nmengucapkan selamat hari lahir kepada saya. Ia adalah impian saya untuk bertemu dengan pelumba Britain itu,” kata Adham yang berasal dari Kajang. – BERNAMA


Sumber Berita

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...