TERKINI
Home / Terkini / Mayat kanak-kanak dipercayai mangsa culik ditemui
mayatculik1.transformed_0.jpg

Mayat kanak-kanak dipercayai mangsa culik ditemui

ANGGOTA penyiasat di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

KUALA LUMPUR: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, membawa polis ke lokasi kejadian.

Setakat ini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Khamis lalu, seorang kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham, hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap.

“Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai.

“Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya yang dihubungi BH sebentar tadi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat kanak-kanak yang ditemui dalam kawasan gaung di tepi sungai di Kampung Kemensah.


Sumber Berita

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...