TERKINI
Home / Terkini / Kerja syif punca bercerai – CUEPACS
cuueppa.transformed.jpg

Kerja syif punca bercerai – CUEPACS

PRESIDEN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUCHING: Kerja syif dalam sektor kesihatan awam menyumbang kepada kadar perceraian paling tinggi berbanding sektor pekerjaan awam lain.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata kerja sehingga tiga syif menyebabkan tahap kepercayaan terhadap pasangan semakin menipis sehingga menjurus kepada perceraian.

“Kalau dulu rasa cinta 100 peratus, lama kelamaan rasa cinta terhadap pasangan semakin berkurang. Statistik yang kita dapat menunjukkan pekerja sektor kesihatan merekodkan kadar perceraian tinggi.

“Sudahlah kena kerja syif, elaun pula tidak dibayar sebaliknya diganti dengan cuti ganti. Buat apa cuti ganti, cuti yang dulunya pun belum ambil,” katanya selepas menghadiri Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Sarawak, di sini.

Azih bagaimanapun tidak menyatakan statistik kadar perceraian yang didakwa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ada sektor awam tidak lagi membayar elaun dan kerja lebih masa, manakala sebahagian pula sekadar membayar separuh, satu pertiga atau tiga perempat daripada jumlah sebenar elaun yang ditetapkan.


Sumber Berita

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...