TERKINI
Home / Apple / Ini Mungkin iPhone 7 Termahal Anda Boleh Dapatkan Ketika Ini Dengan Harga RM2 Juta
Screen-Shot-2016-09-27-at-7.54.50-PM.png

Ini Mungkin iPhone 7 Termahal Anda Boleh Dapatkan Ketika Ini Dengan Harga RM2 Juta

Menyebut tentang jenama Apple atau iPhone sudah pasti ramai yang membayangkan telefon yang sinonim dengan kemasan dan harganya yang premium. Disebabkan lambakan pengguna ketika ini mungkin ada yang mengangap pengguan iPhone terbaru sahaja tidak cukup exclusive dan ‘rare’.

Gresso selaku syarikat yang menyediakan aksesori mewah buat telefon pintar pada hari ini telah mengumumkan penjualan iPhone 7 Black Diamond yang mula dijual pada harga $500000 (~RM 2.07 Juta). Harganya yang mahal adalah disebabkan aksesori keluaran Gresso yang limited serta premium.

Setiap iPhone 7 Black Diamond yang dihasilkan ditatah dengan 1450 black diamond pada bahagian belakang manakala body iPhone 7 pula digantikan dengan material titanium. Tidak cukup dengan iPhone sahaja exclusive, Gresso turut menyertakan EarPods yang pastinya tambah lebih mewah dengan penggunaan 30 black diamond.

  screen-shot-2016-09-27-at-7-54-58-pm

screen-shot-2016-09-27-at-7-54-44-pm

Buat anda yang masih mahukan elemen premium dan ‘rare’ pada telefon anda serta tidak berminat untuk berbelanja sehingga 2 juta untuk sebuah iPhone, Gresso turut menyertakan iPhone 7 64 GB dengan kemasan daripada titanium yang hadir pada harga yang lebih rendah.

Gresso iPhone 7 64 GB Titanium bakal mula dijual pada harga $3000 (~RM12395.85). Seperti juga model iPhone keluaran Gresso yang lain, setiap iPhone yang dikeluarkan bakal dilakar dengan nombor siri sebagai salah satu tanda kemewahan sesebuah iPhone disamping penggunaan material yang mahal.

sl_3_3_

sl_3-1_


Sumber Berita

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...