TERKINI
Home / Terkini / Ini Caranya Untuk Mendapatkan Duit Anda Daripada Senarai ‘Wang Tak Dituntut’
Jabatan-Akauntan-Negara.jpg

Ini Caranya Untuk Mendapatkan Duit Anda Daripada Senarai ‘Wang Tak Dituntut’

Secara sedar atau tidak ramai individu di dalam negara sebenarnya mempunyai wang yang tidak dituntut. Wang Tak Dituntut atau lebih sinonim dengan singkatan WTD ini merujuk kepada wang yang sepatutnya menjadi hak anda namun tidak diambil. Sama ada disebabkan tidak diketahui atau lupa antara alasan yang popular buat para individu.

Difahamkan ketika ini lebih RM5.6 bilion wang yang terkumpul hasil daripada wang yang tidak dituntut dimana wang ini disimpan dengan rapi dibawah kendalian Jabatan Akauntan Negara. Melihat kepada jumlah wang yang tinggi, tidak mustahil sebahagian besar individu di negara kita antara yang tersenarai dibawah semakan WTD.

Adakah anda salah seorang daripadanya? Berikut merupakan cara-cara untuk menyemak status WTD tanpa sebarang caj.

  1. Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang tersedia di mana-mana negeri untuk membuat semakan.
  2. Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan melalui sistem dan anda berpeluang untuk mengetahui keputusan tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.
  3. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.

://www.dreamstime.com/stock-photos-malaysia-ringgit-image4378283

Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif, tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.

Selain itu, situasi-situasi seperti pendaftaran akaun bank ketika masih bersekolah dimana akaun ini tidak lagi digunakan juga bakal disenaraikan dibawah WTD.

Sudahkah anda membuat semakan mengenai diri atau keluarga mengenai wang yang tidak dituntut? Untuk mendapatkan lebih info mengenai WTD anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web Jabatan Akaun Negara di sini.


Sumber Berita

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...