TERKINI
Home / GoPro / GoPro HERO 5 Diumumkan Buat Pasaran Malaysia Dan Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu
160920-gopro-hero5-black.jpg

GoPro HERO 5 Diumumkan Buat Pasaran Malaysia Dan Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Genap 2 tahun lepas GoPro telah mengumumkan GoPro HERO 4 dan kini, GoPro telah melancarkan GoPro 5 dengan 2 model baharu iaitu GoPro HERO 5 Black dan GoPro Hero 5 Session.

Pihak GoPro Malaysia pada hari ini telah mengumumkan harga rasmi buat 2 model mereka iaitu GoPro HERO5 Black yang mula dijual pada harga RM1849 manakala GoPro Hero5 Session bakal mula dijual dengan harga RM1,399.

160920-gopro-hero5-black-1

Untuk pengetahuan anda, GoPro HERO 5 pada kali ini hadir dengan sokongan kalis air. Jika sebelum ini pengguna perlu menggunakan case khas untuk mengelakkan GoPro daripada terkena air namun tidak lagi dengan HERO 5.

Penggunaan voice control membolehkan proses rakaman lebih mudah ditambah pula dengan kebolehan untuk merakam video berdefinisi 4K.

Hadir dengan fungsi GoPro Plus bakal memudahkan untuk mendapatkan imej terbaru terus kepada telefon pintar anda. Pengguna tidak perlu lagi memindahkan gambar secara manual sebaliknya gambar dan video dapat dipindah secara terus melalui WiFi ketika GoPro dicas. Futuristik bukan?

GoPro juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dengan fungsi-fungsi kamera keluaran jenama lain dengan menyertakan paparan touch screen bersaiz 2-inci melalui model terbaru mereka. Hadir dengan warna matte black semestinya bakal memikat hati pengguna berbanding warna silver seperti model sebelum ini.

160920-gopro-hero5-session

Antara perbezaan baharu yang ditampilkan pada GoPro HERO 5 session pada kali ini adalah sokongan rakaman 4K video. Kamera 10 Megapixel digunakan pada GoPro 5 Session pada kali ini dan disertakan dengan effect slow-mo pada definisi 1080p 90fps.

Melihat daripada spesifikasi serta preview GoPro HERO 5 Session, kami yakin ‘cube‘ kecil ini mampu memberi kepuasan pengguna yang mementingkan effect slow-mo serta rekabentuk yang cool.

Setakat ini cuma 2 model ini diumumkan buat pasaran Malaysia. Dijangka harga bagi Dron keluaran GoPro iaitu GoPro Karma bakal diumumkan tidak lama lagi. Adakah pihak GoPro Malaysia bakal mengumumkan harganya sewaktu pelancaran 3 Oktober 2016 ini? Sama-sama kita nantikan.

Berikut merupakan antara outlet GoPro yang akan menjual 2 model terbaru ini bermula 3 Oktober ini:

1. Foto Flash – Suria KLCC
2. Foto Shangri-La – Mid Valley Megamall
3. Fotokem – Sunway Pyramid
4. Shong Lee Photo – 1 Utama Shopping Centre
5. CamWorld Digital Gadgets – Pavilion KL
6. Foto President – Gurney Plaza
7. Rightway – Mahkota Parade Melaka
8. A1 Perfect – Plaza Angsana Johor Bahru

14479572_1058831970873631_8783825540982550819_n


Sumber Berita

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...