TERKINI
Home / Bisnes / 241 pekerja terkejut diberhentikan kerja
ANTARA pekerja di kilang terbabit.
ANTARA pekerja di kilang terbabit.

241 pekerja terkejut diberhentikan kerja

Bukit Mertajam: Seramai 241 pekerja di kilang pembuatan sel kristal solar di sini diberhentikan kerja berkuatkuasa hari ini.

Mereka yang terdiri daripada pekerj kontrak dan tetap itu akan menerima pampasan antara dua minggu sehingga dua bulan gaji.

Seorang daripada pekerja di situ yang enggan dikenali berkata, dia yang sudah lama bekerja di situ terkejut dengan pengumuman berkenaan yang hanya diberitahu melalui memo yang dilekatkan di papan kenyataan.

“Saya berdebar membaca memo berkenaan yang disertakan dengan senarai nama mereka yang diberhentikan.

“Hancur luluh hati daya selepas melihat nama saya tersenarai di dalam senarai pekerja yang akan diberhentikan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, bayaran pampasan serta surat berhenti kerja akan diserahkan kepada mereka yang diberhentikan esok.

Katanya, dia sudah berkeluarga dan pening memikirkan nasibnya untuk menyara keluarga.

Difahamkan kilang itu mempunyai kira-kira 300 pekerja sebelum ini.

Anda ada Artikel menarik untuk dikongsikan bersama kami? Hantar Artikel anda ke [email protected]
www.local.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
x

Check Also

bess.jpg

5 Teknik Mudah Agar Restoran Anda Menjadi Pilihan Ramai

Memiliki premis makanan (tak kiralah restoran ke, kedai mamak ke, kafeteria ke, ...

Like Page Kami...